Senin, 20 Juni 2011

Tuanku Mizan raih tempat ketiga TIEP

Menunggang Smith, Baginda ketuai RTES atasi 13 pasukan di Lembah Bidong, Setiu

YANG diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama anakandanya, Tengku Muhammad Ismail dan Mohd Sulaiman Muda masing-masing meraih tempat ketiga acara berpasukan Kejohanan Malaysia-Thailand Open Endurance Challenge Trophy 2011 di Terenggganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, semalam.
Tuanku Mizan yang menunggang kuda bernama Smith dan mengetuai pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mencatat 4 jam 19 minit 49 saat manakala Tengku Muhammad Ismail (4:19.50s) dan Mohd Sulaiman (4:56.43s) untuk mengatasi 13 pasukan lain.
Juara berpasukan disandang The Horses dari Thailand yang diwakili Wipawan Pawitayalarp, Warit Khuntarhporn dan Prutirat Ratanakul Serireongrith yang meraih wang tunai AS$2,000 (RM6,000) bersama trofi kejohanan.

Wipanan mencatat 4:03.03s, diikuti Warit (4:03.04s) dan Prutirat Ratanakul (4:03.26s).

Pasukan State Of Terengganu Endurance Team (STET) yang diwakili Datuk Abdullah Taib (4:18.25s), Mohd Kharul Abidin Mohd Nasir (4:19.24s) dan Md Firdaus Hamid (4:34.46s) di tempat kedua.

Juara bagi kategori individu disandang peguam dari Terengganu, Wan Mohd Kamaluddin Wan Yusof yang mencatat 4:02.50s atau purata kelajuan 19.77km/j untuk meraih hadiah wang tunai AS$1,000 (RM3,000) dan trofi selepas menewaskan 53 peserta lain.
Ramso Ramli menduduki tempat kedua individu manakala tempat ketiga puka dimenangi Wipawan Pawitayalarp.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan hadiah kepada pemenang di Terrapuri Heritage Village, Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu, pagi semalam.

0 komentar:

Posting Komentar


Top