WALAUPUN menganggap dirinya masih mentah, Mohd. Taufiq Roslan tetap meletakkan sasaran tinggi dalam kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak hujung minggu ini.
Beraksi pada musim pertamanya dalam kategori utama, pelumba berusia 19 tahun itu dianggap bertuah kerana terpilih untuk membawa cabaran pasukan berprofil tinggi dalam Cub Prix iaitu Yamaha Maju Motor Racing. Sebelum ini, pada tahun 2010, dia mewakili pasukan FortyOne Racing dalam kategori CP115 manakala pada tahun sebelumnya, dia berlumba untuk Fatt Fatt Honda Racing dalam kategori Novis.
Setakat ini Taufiq berjaya memungut 34 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan, 20 mata ketinggalan kepada pendahulu kejuaraan, Norizman Ismail (TEQ SCK Honda Racing) yang mengumpul 54 mata. Sementara itu, rakan pasukan Norizman, Mohd. Affendi Rosli dan Ahmad Fazli Sham dari pasukan Pennzoil Fastrac Racing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan 48 dan 46 mata.
Taufiq tidak segan mengakui dirinya masih kekurangan pengalaman jika hendak dibandingkan dengan pelumba veteran seperti Mohd. Zamri Baba, Fazli, Norizman dan Affendi dan masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Namun faktor tersebut bukan satu alasan kepadanya malah sudah bersedia untuk menyaingi pelumba handalan lain untuk cuba mendapatkan tempat di atas podium kali ini.
"Pengurus saya, Yong Yin Hoe hanya meletakkan sasaran agar saya dapat menamatkan perlumbaan dalam kalangan 10 pelumba terbaik. Setakat ini saya dapat mencapai sasarannya kecuali di Kangar apabila berada di kedudukan ke-13 kerana ketika itu kami masih belum mendapatkan pelarasan jentera yang betul. Pada dua pusingan berikutnya di Batu Kawan dan Kuala Terengganu, saya berada di kedudukan ketujuh dan ketika Pusingan 4 di Putrajaya, saya hampir menjejakkan kaki di podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
"Prestasi saya semakin meningkat, begitu juga dengan tahap keyakinan diri. Bukan itu sahaja, malah saya turut yakin terhadap kemampuan pasukan. Bagi persediaan untuk Pusingan 5, pasukan kami telah menjalani latihan dan ujian jentera di MIMC Melaka dan saya berpuas hati terhadap kemampuan jentera yang digunakan. Catatan masa yang saya lakukan begitu meyakinkan.
"Tanpa pelumba veteran, Ahmad Fuad Baharudin dalam pasukan yang beraksi bersama pasukan Global Bike Rock Oil Racing bermula pusingan di Teluk Intan ini, kini saya perlu menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan buktikan kemampuan saya. Dengan keyakinan yang semakin tinggi, saya mengintai peluang untuk berada di atas podium," kata Taufiq yang mahu menamatkan saingan musim ini di kedudukan kelima keseluruhan.

0 komentar:
Posting Komentar