Senin, 20 Juni 2011

Indonesia panggil balik duta, berang isu pancung rakyatnya

JAKARTA: Indonesia memanggil balik dutanya di Arab Saudi kerana berang dengan hukuman pancung ke atas seorang pembantu rumah dari republik itu yang disabitkan kesalahan membunuh majikannya, kata Menteri Luarnya, Marty Natalegawa.

Natalegawa berkata, Riyadh menjalankan hukuman itu menggunakan pedang tanpa memaklumkan kepada Indonesia terlebih dulu.
"Kita tidak boleh terima perkara (insiden pancung) ini dan akan memfailkan protes kepada kerajaan Arab Saudi," katanya sambil menambah duta berkenaan dipanggil balik untuk melakukan perbincangan.
Wanita itu, Ruyati Saputi, didapati bersalah membunuh seorang wanita Arab Saudi, Khairiya Hamid Mijlid dengan menyerangnya bertubi-tubi di kepala menggunakan pisau pemotong daging dan menikamnya di leher. - AFP

0 komentar:

Posting Komentar


Top