SINGAPURA: Bintang badminton China, Lin Dan diejek penonton selepas menarik diri dan memberikan kemenangan percuma sebelum final Siri Super Terbuka Singapura, semalam.
Jaguh Olimpik dan Asia itu yang meminta maaf kepada penonton kerana tidak dapat beraksi menentang rakan senegara, Chen Jin dalam perlawanan akhir, memberi alasan mengalami selsema gastrik.
Lin Dan yang tampil di depan penonton sebaik tamat perlawanan akhir wanita yang dimenangi Wan Xin selepas menewaskan pemain Denmark, Tine Baun 21-19, 21-17, sebaliknya disambut ejekan kira-lebih 7,000 penonton di Stadium Tertutup Singapura yang berharap dapat melihat kelibat jagoan dunia itu.
“Saya faham reaksi penonton tadi,” kata Lin Dan. “Saya akan datang lagi ke Singapura tahun depan.”
Ia adalah kali pertama dalam kariernya Lin Dan terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir. Difahamkan dia mula mengalami demam itu sejurus menang perlawanan separuh akhir sukar menewaskan Peter Gade Christiansen, 20-22, 21-17, 21-15.
Begitupun, keberanian Lin Dan yang tetap tampil meminta maaf kepada penonton mendapat pujian Timbalan Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho yang menganggap pemain nombor dua itu jujur berdepan penonton.
“Memang penonton ada hak, mereka membeli tiket untuk menikmati perlawanan dan kami tidak boleh mengawal pemikiran penonton. – AFP

0 komentar:
Posting Komentar