KUALA LUMPUR: Jumlah mayat yang tidak dituntut di rumah mayat hospital kerajaan seluruh negara menunjukkan peningkatan iaitu 304 mayat pada tahun lalu berbanding 299 pada 2006.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah tahun lepas itu, 195 mayat lelaki dewasa, 58 mayat perempuan dewasa dan 51 mayat bayi berumur kurang dari setahun.
"Paling banyak mayat yang tidak dituntut pada 2010 ialah di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu iaitu 60," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata, pada 2006, 202 mayat lelaki dewasa, 43 perempuan dewasa dan 54 mayat bayi tidak dituntut.
"Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang paling banyak mayat tidak dituntut pada tahun itu iaitu sebanyak 98," katanya.
Bagi mayat yang tidak dituntut, ia akan dikendalikan mengikut agama atau kepercayaan si mati, sama ada diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam atau persatuan agama si mati untuk pengendalian dan pengurusan terakhir.
Liow berkata, sekiranya terdapat permohonan, mayat-mayat yang tidak dituntut akan diserahkan kepada pihak institusi pengajian tinggi tempatan bagi tujuan pengajian dan penyelidikan perubatan. - BERNAMA

0 komentar:
Posting Komentar