Senin, 20 Juni 2011

DR Rais Yatim serah sumbangan kepada artis veteran di Singapura

SINGAPURA: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyampaikan sumbangan kepada beberapa artis veteran di republik itu sempena sambutan Hari Seniman tahun ini.

Mereka yang menerima sumbangan itu terdiri Momok Latif, Neng Yatimah, Zaiton, Hashimah Yon, Kartina Dahari, Wahid Satay dan Omar Suwita yang diwakili oleh anak masing-masing.
Seniman S Samsudin turut menerima sumbangan pada majlis itu.
Dalam ucapannya, Rais mencadangkan supaya diadakan kajian mengenai filem Melayu era 50-an dan 60-an yang berpusat pada ketika itu di Studio Jalan Ampas di sini.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini ialah isteri Rais, Datin Seri Maznah Rais, pelakon veteran, Datuk Mustafa Maarof dan Datuk Aziz Satar serta penggubah lagu Kassim Masdor dan Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim.

Hari Seniman disambut pada 29 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa, bakti dan pengorbanan seniman. - BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar


Top