Senin, 20 Juni 2011

Kursus Apiic Academy

ADAKAH anda sedang bekerja dan merancang untuk menambahkan lagi kemahiran pendidikan dalam bidang teknikal? Akademi pembelajaran kemahiran, Apiic Academy yang terletak di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor menawarkan insentif istimewa kepada pemegang kad Inspire.

Dengan bayaran yang sangat murah, anda bukan sahaja dapat mengikuti kursus yang diingini bahkan boleh memilih lebih 40 kursus pada harga yang sama.

“Tawaran kami ini mungkin berbunyi tidak rasional tetapi ia harus direbut mereka yang ingin memperbaiki diri dan berjaya,” kata Pengarah Urusan akademi berkenaan, G. Shashikanthan.

Shashi, 35, berkata pihaknya mengalu-alukan golongan pelajar, pekerja profesional bahkan orang awam untuk mengikuti kursus pembangunan kendiri yang ditawarkan.

Jelasnya, apabila memiliki kad Inspire, seseorang pelajar boleh mendaftar untuk satu atau lebih kursus di bawah program yang sama untuk tempoh pengajian selama setahun.

“Misalnya, di bawah program Aplikasi Teknologi Maklumat (IT), kami menawarkan 39 jenis kursus. Pelajar yang memiliki kad Inspire hanya perlu membayar RM360 dan memilih sebanyak mana kursus di bawah program itu dalam setahun pembelajaran,” terang Shashi.

Jika dikira, pemegang kad Inspire dijangka mampu berjimat sehingga RM7,800 bagi semua kursus Aplikasi IT dengan penjimatan sehingga 95 peratus.

DEWAN kuliah di Apiic Academy yang luas dan selesa.

“Saya berpendapat tiada akademi atau institut yang boleh menawarkan harga ini untuk kursus sedemikian.

“Sebaik sahaja kami mengumumkan idea ini, banyak syarikat swasta yang menunjukkan minat untuk mendaftarkan kakitangan mereka,” ujar Shashi yang bercadang untuk membuka pendaftaran bagi pemegang kad Inspire bermula dari Jun hingga 31 Julai ini.

Selain Aplikasi IT, Apiic Academy turut menawarkan program Teknikal IT kepada pemegang kad berkenaan.

“Di bawah program itu, lebih 40 kursus ditawarkan dan jumlah keseluruhan kos untuk semua kursus itu mencapai RM100,000.

“Namun, pemilik kad Inspire hanya perlu membayar RM1,250 dan memilih mana-mana atau kesemua 40 kursus untuk tempoh pembelajaran setahun,” kata Shashi.

Beliau menambah, bagi program teknikal itu, pelajar dapat menjimatkan lebih 98 peratus daripada kos pengajian sebenar.

Namun, Shashi memberitahu, bayaran yang dikenakan hanyalah untuk kursus berkenaan dan tidak termasuk buku-buku serta yuran peperiksaan.

“Pengguna kad Inspire juga boleh menggunakan kad tersebut di restoran dan kedai buku terpilih kelak. Kami sedang menambah senarai peserta komersial bagi memberikan nilai tambahan kepada pengguna kad tersebut,” ujarnya.

Selain kursus IT, Apiic Academy juga merupakan pusat bertauliah yang menawarkan kursus mendandan rambut, seni kuku, jurumekap, fotografi dan pemandu pelancong.

Maklumat lanjut mengenai pusat pembelajaran ini boleh dilayari di laman web www.apiic.com.my.

0 komentar:

Posting Komentar


Top