Senin, 20 Juni 2011

Lebih 60,000 kenderaan dijangka guna LATAR setiap hari

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Bhd (KLSEB) menjangka lebih 60,000 kenderaan menggunakan lebuh rayanya yang dipanggil LATAR setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Amir berkata, trafik dijangka meningkat sebanyak lima peratus dalam tempoh 10 tahun.
LATAR menghubungkan Kuala Lumpur di Taman Templer di Gombak dengan bandar baru Ijok di Kuala Selangor.
Ia adalah projek pertama KLSEB yang menelan kos RM958 juta.

Lebuh raya itu dijangka dibuka pada akhir Jun ini.

"Kerja-kerja akhir sedang dibuat dan syarikat mempunyai lebih 170 kakitangan untuk mengendalikan lebuh raya itu," katanya.

LATAR mempunyai tiga plaza tol di setiap bahagian lebuh raya itu. - BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar


Top