JIKA dilihat dari luaran fizikalnya, mungkin ramai yang tidak menyangka si gadis yang berperwatakan lemah lembut ini baru berusia 19 tahun. Diana Danielle Danny Beeson atau nama komersialnya Diana Danielle sering disangka orang bahawa dirinya telah berumur 20-an.
Namun begitu walaupun penampilannya matang, ramai yang beranggapan dan melihat perangainya masih kebudak-budakan. Bagaimanapun, Diana Danielle yang mesra disapa sebagai D kini dilihat semakin matang menguruskan penampilan dan juga semakin serius di dalam bidang yang diceburinya baik lakonan mahupun nyanyian.
"Pengalaman banyak mengajar saya di mana kerjaya sebagai pelakon banyak membantu iaitu dengan bergaul dengan pelbagai watak. Itu membuahkan kematangan dalam diri saya," jawab D dengan penuh sopan dan diiringi senyuman manis.
Pembabitan dirinya dalam industri seni telah mengajar D bagaimana untuk bergaul dan belajar mengawal emosi kebudak-budakan.
Bagaimanapun, D sudah sebati dilihat sebagai wanita berusia, ramai yang tidak menyedari yang dirinya masih lagi remaja kerana apabila melihat D melompat atau sebagainya, mereka menganggap dirinya gedik.
Keadaan sekeliling dianggap proses pembelajaran yang akan mematangkan karier seninya dan dirinya sendiri juga.
Barah
Semasa menghadiri sidang media Fun Run & Charity Carnival yang telah diadakan di Teeq Brasserie, Kuala Lumpur baru-baru ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser di negara ini, D sempat bercerita mengenai pengalamannya yang hampir dijangkiti kanser.
"Saya hampir terkena kanser namun saya dapat kesan ketumbuhan tersebut awal. Mama juga pernah dijangkiti kanser jadi ia dekat dengan diri saya.
"Kerana kesedaran inilah saya faham dengan apa yang dilalui pesakit kanser. Saya juga pada mulanya tidak tahu langsung yang di bahagian serviks saya telah mengalami ketumbuhan yang agak teruk dan hampir menjadi kanser. Namun, saya syukur kerana saya kini telah dikurniakan kesihatan yang baik," cerita D tentang pengalamannya itu.
Pada mulanya D mendapat tahu dirinya telah mempunyai ketumbuhan setelah menemani ibunya yang mana pada ketika itu kurang sihat. D dan ibunya yang pergi menemui seorang doktor yang merawat menggunakan herba tradisional Cina telah ditawarkan untuk turut memeriksa kesihatan badannya.
Sambungnya, setelah memeriksa, dia didapati tidak sihat di bahagian separuh ke bawah. Untuk memastikannya, dia dicadangkan untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.
"Setelah membuat pemeriksaan di hospital, memang benar saya disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian serviks saya. Oleh kerana saya tidak mahu tinggal di wad, saya menjalani rawatan di pusat rawatan tradisional Cina tersebut," bicara D yang mana setelah sebulan menjalani rawatan di Pusat Rawatan Chi, ketumbuhannya telah hilang.
Apa yang terjadi padanya memberi kesedaran untuk lebih menjaga kesihatan diri kerana pendapatnya, kos perubatan yang tinggi bagi pesakit kanser tidak dapat ditanggung oleh semua.
Nasihat gadis berdarah kacukan Melayu dan Amerika Syarikat ini, apapun sakit yang melanda diri, jangan dipandang remeh kerana apa yang dilihatnya, mentaliti masyarakat kini takut untuk membuat pemeriksaan kerana risaukan kehadiran penyakit yang serius 'menghuni' diri.
"Jangan biarkan penyakit tersebut melarat baru mahu berubat. Seperti kata pepatah, merawat lebih baik daripada mengubati. Itu yang saya pelajari dan sentiasa pegang," jelas D yang juga mengatakan mungkin ramai yang malu dan takut berbicara menyebabkan mereka terlambat.
Perkahwinan
Kisah cinta antara D dan pelakon serta pengarah, Farid Kamil yang bertaut kembali bukanlah lagi satu rahsia kepada peminat industri seni tanah air.
Dikatakan punca perpisahan mereka sebelum ini kerana perangai D yang kurang matang dan kebudak-budakan. Setelah beberapa lama sepi dengan kisah perpisahan tersebut, kini D dan Farid kembali bermadu kasih sebagai pasangan kekasih sekali lagi.
Semasa berpisah dulu, kedua-duanya matang dalam menangani perpisahan dan masih lagi berkawan dan saling menghubungi.
"Sebenarnya setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesilapan yang mana akhirnya kita sendiri akan menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
"Kadangkala, kita juga akan sedar yang mana mungkin sesetengah perkara masih punyai harapan dan kita juga masih lagi boleh mengharap mengenainya," jelas D mengenai perhubungannya bersama Farid.
Diakui hubungan mereka serius sebagai kekasih kali ini namun mungkin belum ke tahap ke alam perkahwinan memandangkan umur masih muda dan banyak lagi yang perlu dikecapi dalam hidup ini.
"Kami ada bercakap mengenainya (perkahwinan) dan memang kami berada dalam sebuah perhubungan yang serius. Tapi, mungkin belum lagi untuk ke tahap yang lebih dari perhubungan yang ada kini. Saya baru 19 tahun, mungkin jauh lagi masa saya, saya perlu belajar dan sebagainya," bicara D jujur tentang fasa perhubungan percintaannya bersama penggarap filem Kongsi itu.
Buat masa ini, kedua-duanya masih belum mempunyai rancangan serius untuk mengambil keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mereka juga saling tidak mengongkong antara satu sama lain.
Ini kerana, D mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun disebabkan kontrak yang masih wujud bersama Nano White dan Sunsilk, D menangguhkan sementara perancangannya untuk menimba ilmu di perantauan.

0 komentar:
Posting Komentar