KUALA LUMPUR: Sejarah mengenai Orang Asli akan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai 2014 bermula di Tingkatan Satu.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan kurikulum mata pelajaran Sejarah yang sedang dilaksanakan kini adalah berdasarkan kurikulum Sejarah di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989 yang mula dilaksanakan pada 2003.
"Semasa penyemakan semula dan penggubalan kurikulum KBSM ini, prinsip yang digunakan adalah bertujuan untuk mengelakkan pertindanan, meringankan, menggugurkan dan menggabungkan. Prinsip ini bukan membuat pengubahsuaian menyeluruh.
"Oleh itu perkara berkaitan dengan Orang Asli yang sememangnya amat kurang disentuh dalam KBSM turut kurang dibincangkan dalam kurikulum Sejarah yang sedang dilaksanakan kini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.
Teresa dalam soalannya ingin tahu mengapa Orang Asli tidak langsung disebut di dalam buku teks Sejarah Tingkatan Empat. - BERNAMA

0 komentar:
Posting Komentar