SELEPAS melewati bumi Hatyai, Thailand dengan kereta api, penulis beralih ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula dengan pengangkutan itu. Sememangnya, tiada sebab untuk penulis menolak pelawaan daripada Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) untuk meneroka negeri Kelantan Darul Naim.
Meskipun sesetengah orang berpendapat lokasi seperti Tanah Merah dan Dabong agak terasing, penulis percaya ada sesuatu yang unik yang boleh diselongkar di sana.
Perjalanan melintasi 56 buah stesen bermula dari Stesen KL Sentral tidaklah memenatkan. Jika dibandingkan dengan perjalanan ke Hatyai yang memakan masa 16 jam, perjalanan kereta api kali ini hanya mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Tanah Merah.
Aura kembara mula menjentik emosi tatkala gerabak kereta api secara berdikit-dikit berhenti di Stesen Keretapi Gua Musang menjelang subuh. Suasana gelap telah mengaburi pemandangan lokasi gua yang tersergam megah di belakang stesen berkenaan.
BANYAK pengalaman menarik boleh dirasai jika menggunakan perkhidmatan kereta api untuk melancong.
Sedang leka menghayati pemandangan klasik di stesen itu, tanpa semena-mena, bahu penulis disentuh oleh seorang tua yang berjanggut putih sambil berkata: "Lebih baik kamu sambung tidur sebab kelibat penjual sayur kampung di stesen sudah tidak ada lagi."
Lantas, dengan perasaan yang sedikit kecewa kerana tidak dapat menyaksikan senario tradisi itu, penulis segera memasuki gerabak semula.
Kampung Cina terawal
Pagi yang cerah segera menceriakan rombongan media yang turut disertai wartawan Singapura di Stesen Keretapi Tanah Merah.
Halwa telinga kami dihidangkan dengan sambutan paluan alat muzik yang dipanggil kertuk. Agak sukar pada mulanya menangkap ritma instrumen itu, namun tradisi memainkan alat muzik zaman dahulu kala itu membuatkan penulis berasa kagum.
PADA asalnya, replika ini digunakan untuk menahan hakisan banjir tetapi kemudian fungsinya bertukar menjadi medium penghubung roh nenek moyang penduduk Kampung Raja.
Hanya berehat seketika di D'Mawar Resort, Tanah Merah, kembara kami diteruskan ke sebuah perkampungan terawal Cina di Kelantan iaitu di Kampung Pulau Raja. Secara peribadi, daerah itu dianggap begitu asing dalam pengetahuan geografi penulis.
Mengapa penulis berkata demikian? Untuk menembusi kampung berkenaan, kami perlu merentasi belukar dan sungai lebih kurang dua kilometer.
Betapa hebatnya kreativiti lebih kurang 80 orang penduduknya, para tetamu yang hendak melangkah ke pusat perkampungan mereka, dikejutkan dengan laluan lurus berjubin pelbagai bentuk dan corak sepanjang kira-kira empat kilometer (km).
"Itu daya kreativiti bapa saya, Chung Ting Bun yang mula buat jalan dan jubin itu. Ia dilakukan sejak awal 1990-an dengan pertolongan penduduk kampung.
"Ada bahagian yang masih belum dipasang jubin kerana kami sebenarnya buat peringkat demi peringkat. Ia dilakukan untuk kesenangan penduduk dan demi menghormati pengunjung yang datang melawat kampung kami," beritahu seorang penduduk kampung itu, Chung Liu Ping, 33.
Walaupun menyedari pertuturannya yang menggunakan loghat Kelantan tidak difahami penulis, Ting Bun, 63, masih selesa meneruskan perbualan. Ternyata penduduk kampung yang tersisih dari dunia luar itu rata-ratanya sangat berhemah tinggi.
KTMB sedang dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan kereta api di negara ini yang kini semakin diminati oleh rakyat tempatan dan luar negara.
"Untuk makluman anda, kampung ini diasaskan oleh moyang saya, Chung Chung Seng ratusan tahun dulu. Dia datang dari Tanah Besar China ke sini.
"Saya merupakan generasi keempat daripada keturunannya," kata lelaki ini yang sedaya upaya menggunakan bahasa baku sambil setia ditemani isterinya, Yap Mek See, 59, di sisi.
Di kampung yang didiami 10 buah keluarga itu, Mek See mengisahkan bahawa ia merupakan lokasi terawal yang memiliki induk durian terbaik daripada jenis durian kunyit.
Penghubung roh
Maksud pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dapat dilihat di Kampung Raja.
Walaupun kehidupan penduduknya tidak mewah, mereka sepakat membina sebuah monumen yang pada asalnya dibangunkan untuk menahan hakisan akibat banjir.
"Pada era 20-an hingga 70-an banjir yang dipanggil banjir merah kerap melanda kampung kami. Saya dan isteri dapat idea membuat monumen ini.
"Selepas masalah itu selesai, kami jadikan tempat itu sebagai penghubung mengenang roh nenek moyang kami," cerita Ting Bung yang memulakan pembinaan monumen itu pada tahun 1974 dan mengambil masa hampir 30 tahun untuk siap sepenuhnya.
TING BUN (kanan) dan isterinya, Mek See ialah antara generasi tertua di kampung perkampungan Cina terawal di Kelantan iaitu Kampung Raja.
Sememangnya luar biasa perspektif dan artikulasi yang lahir daripada Ting Bun malah ramai yang menyifatkannya agak ganjil.
Pemerhatian anda perlu tajam untuk mentafsirkan maksud monumen yang setara ketinggian bangunan dua tingkat itu. Menggunakan simen sepenuhnya, monumen yang seolah-olah nampak separuh siap itu terdiri daripada replika sampan dan kapal terbang di tingkat atasnya.
"Sampan itu adalah simbolik kepada susah payah nenek moyang datang dari China ke Kelantan dan kapal terbang adalah simbol anak cucu yang akan melawat ke China pada satu hari nanti menggunakan kapal terbang pula," jelasnya seumpama berfalsafah.
Rombongan media seterusnya dipelawa ke rumah Ting Bun. Kediamannya juga mencuri tumpuan. Bukan saja dibina dengan keringat sendiri pada tahun 1923, malah kerusi dan meja pun hasil buatannya juga.
"Rumah yang beratapkan genting ini juga adalah ilham rumah yang terdapat di China," kata Mek See sambil menunjukkan foto-foto lama yang dibingkai kemas.
Di Kampung Raja itu juga, terdapat sebuah telaga yang dipercayai berusia 350 tahun. Bagaimanapun, ia sekadar untuk dilawat saja.
Jambatan Guillemard
JAMBATAN Guillemard merupakan jambatan kereta api terpanjang di Malaysia.
Penerokaan bumi Che Siti Wang Kembang beralih ke pedalaman Dabong pada hari kedua.
Sebelum menaiki kereta api dari Tanah Merah ke sana, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Mohd. Fazil Ismail memberitahu, penulis tidak hanya akan dapat menghayati panorama alam semula jadi, kampung tepi landasan malah dapat merentas ke era zaman British.
Ya, memang benar bagai dikata. Meremang bulu roma tiap kali melalui setiap daripada tujuh terowong yang dibina British antara Stesen Keretapi Dabong dengan Stesen Keretapi Kuala Krai.
Singgah di Batu 243.5, Mohd. Fazil memaklumkan, di situlah lokasi pertemuan landasan Stesen Keretapi Gemas dengan Stesen Keretapi Tumpat.
"Bagi mengelakkan pelanggaran, kereta api akan berhenti antara 30 minit hingga sejam di Stesen Keretapi Kemubu atau Stesen Keretapi Limau Kasturi," ujarnya.
Momentum kelajuan kereta api semakin perlahan. Rupa-rupanya kami sedang menghampiri jambatan kereta api terpanjang di Malaysia (609.6 meter) iaitu Jambatan Guillemard.
Jambatan itu dilingkari timbunan sejarah. Mengimbas historiografinya, jambatan yang turut dikenali sebagai Jambatan Kursial itu dibina pada tahun 1920 oleh British.
Tujuan utama ia dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi kereta api dan kenderaan-kenderaan lain. Tanggal 12 Disember 1941, ia telah diletupkan oleh British bagi mengelak kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai.
Selepas 47 tahun, Jambatan Guillemard dibina semula tetapi tidak boleh dilalui oleh kenderaan lain kecuali kereta api.
Pekan Dabong membangun
PERIGI yang terdapat di Kampung Raja ini dikatakan berusia melebihi 300 tahun dan dipercayai dijadikan sebagai sumber air utama penduduk zaman dahulu.
Bidikan kamera yang merakam khazanah negara itu terhenti apabila kami perlu menuju ke hentian Dabong sebelum waktu senja. Dabong sebenarnya bukan pekan sebarangan. Ia sebenarnya kaya dengan tarikan pelancongan.
Menurut Ketua Unit Setempat, Majlis Daerah Dabong, Mohd. Razaini Ishak, antara yang paling popular ialah Gunung Stong yang menjadi daya tarikan utama para pendaki untuk meneroka keindahan fauna dan flora di sekitarnya.
Di situ juga, terletaknya air terjun tertinggi di negara ini iaitu Air Terjun Jelawang yang mencatatkan ketinggian kira-kira 300 meter. Gua Ikan yang terletak hanya beberapa kilometer (km) dari stesen juga antara kawasan rekreasi alam semula jadi yang terkenal.
"Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek juga antara destinasi untuk anda mengajak rakan-rakan berkelah dan menghirup udara segar," katanya.
Sesungguhnya pengalaman menyelongkar destinasi menarik tetapi kurang diketahui umum sesuatu yang sangat bernilai. Sekilas pandang, banyak lokasi di negeri ini yang boleh dikomersialkan.
Bagaimanapun, terima kasih kepada KTMB atas usaha mereka menggalakkan pelancongan kereta api ke Pantai Timur.

0 komentar:
Posting Komentar