Rabu, 15 Juni 2011

Tahajud Cinta TV3

Tahajud Cinta ialah Slot Zehra baru di Tv3 bakal menemui anda pada 8hb Julai ni, setiap Jumaat jam 9 malam.

Antara pelakonnya ialah Remy Ishak, Nur Fazura, Fouziah Gous, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Dira Abu Zahar, Ahmad Tarmimi Siregar, Fadilah Mansor, Haryanto, Zack Taipan, Anne Abdullah, Neelofa dan Azizah Mahzan.

Trailer



Sinopsis

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kpd Citra )ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.

Lebih kurang gitu le sinopsis ni. Nanti akan diperbetulkan kalau tersilap hehe!!
Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz ( kalau watak ustaz ni, Nuriz teka Ustaz Syauki yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan, ikut ulasan Erma di media )

Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy). Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Patutle tengok air mata Fauziah Ghous ni bergenang je ek. Seri yang dilakonnya ialah wanita yang punya sejarah hitam dan telah didera secara seksual semasa kecil.

Related Posts

  • Dewa Cinta TV3 (Slot Akasia)Dewa Cinta mengisarkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin)…
  • Tahajud Cinta TV3Tahajud Cinta ialah Slot Zehra baru di Tv3 bakal menemui anda pada 8hb Julai ni, setiap Jumaat jam 9 malam.Antara pelak…
  • Sinopsis Tahajud Cinta TV3Tahajud Cinta ialah Slot Zehra baru di Tv3 bakal menemui anda pada 8hb Julai ni, setiap Jumaat jam 9 malam.Antara pelak…
  • Sinopsis Dewa Cinta TV3Dewa Cinta mengisarkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin)…
  • Sinopsis Drama Dewa Cintaku TV3 (Akasia)Dewa Cintaku,drama terbaru terbitan Suhan Movies akan menemui para penonton dan peminat slot akasia TV3 mulai 20 Jun 201…

0 komentar:

Posting Komentar