Senin, 20 Juni 2011

AMARAN Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Gaji Potong

GAJI dan bonus akan dipotong. Itu yang akan menanti pemain bola sepak Terengganu atau T-Team yang didapati sengaja membuat kesalahan sehingga dilayangkan kad merah oleh pengadil dalam satu-satu perlawanan. Kenyataan tegas itu disuarakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen tinggi kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan lain.

Malah katanya, perkara sama dilakukan beberapa pasukan serta kelab-kelab profesional luar negara sebagai hukuman ke atas para pemainnya yang menerima kad merah untuk menjaga kualiti perlawanan. “Pemain untuk pasukan atau kelab bola sepak profesional luar negara takut apabila dapat kad merah kerana kalau mereka terima, bonus serta gaji mereka akan dipotong,” ujarnya ketika ditemui di Kuala Terengganu, kelmarin.


Menurut Ahmad, bagi tujuan tersebut, beliau telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menjalankan siasatan ke atas pemain yang melakukan kesalahan sehingga dilayangkan kad merah dalam perlawanan. “Siasatan ini penting bagi memastikan pemain terbabit tidak melakukan kesalahan dengan sengaja dalam perlawanan,” katanya. Jelasnya, jika siasatan mendapati pemain sengaja membuat kesalahan dan menerima kad merah, mereka boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong dan sebagainya.

Related Posts

  • Hanya tinggal seluar dalamSHAH ALAM – Seorang kontraktor terpaksa menempuh detik-detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua lelaki berparang ket…
  • Kek Coklat Daisy taruhan NorafizanKUALA LUMPUR - Beliau tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan memasak sebelum ini.Namun, itu tidak menghalang seor…
  • Buruh maut ditetakKUALA LUMPUR – Sekumpulan empat lelaki asing bertindak kejam apabila menetak mati seorang buruh Indonesia hanya kerana b…
  • Raja Azmi mahu saman JawiKUALA LUMPUR - Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tidak teragak-agak untuk menyaman Jabatan Agama …
  • Anggota JPJ maut dirempuhSEREMBAN - Hajat seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pemeriksaan ke atas sebu…

1 komentar