Senin, 20 Juni 2011

Janda muda parah ditikam duda

KOTA BHARU - Seorang janda muda cedera parah selepas dikelar dan ditikam berkali-kali di muka, kepala dan leher dengan gunting dipercayai oleh bekas suaminya dalam satu pergaduhan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini semalam. Kejadian pukul 4 petang itu berlaku apabila Hazita Mohamad (gambar), 27, enggan menuruti permintaan bekas suaminya, 29, supaya kembali semula kepadanya. Ekoran itu, pelajar dandanan rambut itu cedera parah dan keadaannya dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum itu, bekas suami mangsa dikatakan telah mengekori kereta yang dipandu wanita tersebut hingga ke pasar raya berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di tempat letak kereta, suspek telah menerpa masuk ke dalam kereta mangsa lalu berlaku pergelutan. "Mangsa telah dikelar di muka dan ditikam di kiri dan kanan leher serta belakang kepala dengan gunting. "Suspek kemudian melarikan diri selepas orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Tambahnya, siasatan awal pihaknya mendapati punca pergaduhan itu ialah kerana suspek naik berang selepas permintaannya untuk rujuk ditolak mentah-mentah oleh mangsa. Menurut Azham, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital itu dan yakin dia akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. Sementara itu kakak mangsa, Hazlina, 30, yang ditemui di HRPZ II memberitahu, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi pihak hospital 15 minit kemudian. Katanya, adiknya telah bercerai dengan bekas suaminya pada tahun lalu setelah berkahwin selama tujuh tahun. "Saya pun tidak pasti punca perceraian mereka, mungkin disebabkan cemburu," katanya.

Related Posts

  • Modenas CTric Motosikal elektrik pertamaSHAH ALAM - Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar…
  • Motosikal elektrik pertamaSHAH ALAM - Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar m…
  • KRU fokus belakang tabirAHUN ini genaplah 19 tahun usia penglibatan KRU dalam industri seni tanah air. Bermula hanya sebagai sebuah kumpulan nya…
  • Usop Wilcha DJ Hot AM KrewSIAPA yang tidak kenal dengan watak Usop Wilcha daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang sudah sebati den…
  • Chelsea Blue Pitch di MalaysiaSATU lagi sejarah bakal dicatat apabila program Chelsea Blue Pitch akan bertapak di Malaysia bermula bulan depan.Projek …

0 komentar:

Posting Komentar