Rabu, 15 Juni 2011

Chelsea Blue Pitch di Malaysia

SATU lagi sejarah bakal dicatat apabila program Chelsea Blue Pitch akan bertapak di Malaysia bermula bulan depan.

Projek tersebut yang lebih menjurus kepada aspek latihan dan pembangunan bola sepak merupakan sebahagian daripada kempen Jelajah Asia Chelsea 2011 yang bertemakan Here to Play, Here to Stay di Asia.

Program tersebut akan bertindak sebagai akademi latihan bola sepak dengan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih muda Chelsea yang datang ke negara ini dalam waktu tertentu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai projek tersebut.

“Kami melancarkan program Blue Pitch pertama di London pada tahun 2007 dengan kerjasama Adidas selain menjalankan projek sama di negara luar pertama iaitu di Hong Kong pada Disember 2009.

“Projek ini bertujuan membina gelanggang biru dengan spesifikasi lebih tinggi di seluruh Asia Pasifik dan bekerjasama dengan jurulatih-jurulatih tempatan bagi mewujudkan imej Chelsea di Asia,” kata Gourlay ketika hadir pada pelancaran program Chelsea Blue Pitch di Pusat Sukan NPNG, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor semalam.


Turut hadir ialah Pengerusi Emkay Group, Tan Sri Mustapha Kamal, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam dan Pengarah Urusan ProEvents Antarabangsa Malaysia, San Boon Wah.

Menurut Gourlay, program tersebut turut ditawarkan kepada penaja-penaja Chelsea termasuk penaja tempatan, badan-badan kebajikan dan kelab penyokong Chelsea dalam usaha menjadikan Stamford Bridge versi Malaysia kepada peminatnya di negara ini.

Sementara itu, Azzuddin memberitahu, program Blue Pitch dilihat sebagai projek yang memberi banyak manfaat terutama kepada FAM yang berusaha untuk menyediakan latihan kepada pemain muda.

“Saya pasti program Blue Pitch sempena kempen jelajah ini dapat memberi impak lebih baik kepada peminat bola sepak tempatan. Pihak kami akan menggunakan sepenuhnya kemudahan ini.

“Komitmen Chelsea untuk mengembangkan sukan bola sepak di negara ini tidak hanya terhenti dengan kewujudan program Blue Pitch. Sebaliknya turut menyediakan tenaga kepakaran dengan menghantar jurulatih muda ke Malaysia sebanyak empat kali setahun.”

Related Posts

  • Anggota JPJ maut dirempuhSEREMBAN - Hajat seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pemeriksaan ke atas sebu…
  • Buruh maut ditetakKUALA LUMPUR – Sekumpulan empat lelaki asing bertindak kejam apabila menetak mati seorang buruh Indonesia hanya kerana b…
  • Diana Danielle Serius cintai Farid KamilJIKA dilihat dari luaran fizikalnya, mungkin ramai yang tidak menyangka si gadis yang berperwatakan lemah lembut ini bar…
  • Janda muda parah ditikam dudaKOTA BHARU - Seorang janda muda cedera parah selepas dikelar dan ditikam berkali-kali di muka, kepala dan leher dengan g…
  • Kek Coklat Daisy taruhan NorafizanKUALA LUMPUR - Beliau tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan memasak sebelum ini.Namun, itu tidak menghalang seor…

0 komentar:

Posting Komentar