Tidak dinafikan rata-rata masyarakat lebih mengemari untuk memuat turun muzik, lagu mahupun video muzik dan karaoke tempatan menerusi laman-laman sesawang yang tidak mendapat lesen yang sah. Bukan sahaja percuma, malah ia mudah didapati dengan hanya sekali klik. Disebabkan penyebaran cetak rompak ini berleluasa secara online, ini mengakibatkan industri seni tanah air sedang mengalami kerunduman.
Oleh itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang berkolaborasi bersama Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Malaysia Federation Against Copyright Theft (Mfact) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil langkah bagi menangani masalah cetak rompak secara online dengan menyekat laman-laman sesawang ini dari terus beroperasi.
Justeru, satu sidang akhbar telah diadakan bertempat di Prince Hotel, Kuala Lumpur semalam bagi menjelaskan berhubung isu yang sedang meruncing ini. Menurut pengerusi RIM yang juga pemilik KRU Studios, Norman Abdul Halim, sidang akhbar ini diadakan bermotifkan agar pihak media mewar-warkan kepentingan sekatan ini kepada masyarakat tempatan agar menyokong usaha kerajaan.
“Sekatan terhadap sesawang cetak rompak adalah sesuatu yang wajar dilakukan di Malaysia ini kerana perkara ini sudah lama terlaksana di negara luar yang membangun seperti di Australia, Belguim, Canada, Chilli, Perancis, Jepun, Korea serta beberapa negara luar lain. Malaysia adalah negara pertama di Rantau Asia. Oleh itu, kami sebulat suara menyokong usaha kerajaan demi perkembangan industri muzik tempatan.
“Setakat ini, kami telah mengesan 10 laman sesawang yang tidak berdaftar serta 84 laman sesawang yang menyediakan sumber cetak rompak ini. Antara yang paling popular ialah jiwang.com. Setakat ini, mereka belum lagi disekat oleh SKMM,” ujar Norman sambil memberitahu pernah mendapat laporan yang mendakwa misi penyekatan ini telah melanggar hak asasi manusia.
“Saya ingin jelaskan di sini, ini bukanlah satu penganiayaan kepada rakyat dan juga bukan akta penapisan. Ini hanyalah sekatan untuk laman sesawang yang menyediakan bahan cetak rompak sahaja. Isu cetak rompak secara online ini telah melanggar hak asasi kami sebagai pengeluar asli karya-karya seni tersebut. Hakikatnya, cetak rompak secara ‘offline’ sama seperti cetak rompak secara online.
“Selain itu, wujud beberapa video klip yang tidak menyokong usaha kerajaan ini. Malah, kami juga telah diugut oleh satu kumpulan yang dikenali dengan ‘anonymous’ agar menghentikan usaha ini. Jika tidak, mereka bertekad untuk menyerang serta mengodam laman rasmi kerajaan selewat-lewatnya esok (hari ini).”
Pihak RIM juga telah mengambil pelbagai usaha sebagai initiatif bagi merealisikan sekatan ini. Pada 30 Mei 2011 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menfailkan arahan kepada Penyedia Servis Internet (ISPs) untuk menyekat laman-laman sesawang yang tidak berdaftar ini.
“Kami telah menghantar laporan tentang isu ini kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan buat masa sekarang pihak Kementerian sedang mengumpulkan bukti-bukti tentang kegiatan mereka supaya tindakan seterusnya dapat dijalankan. Di samping itu juga, Akta Hak Cipta sedang dalam proses disemak semula dan kami berharap ia diluluskan dengan secepat mungkin,”ujar Norman sambil memberitahu jika sekatan ini membuahkan hasil, ia akan mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat sekaligus industri seni negara.
“Harapan saya supaya masalah ini dapat ditanggani segera agar Malaysia menjadi satu negara yang berpendapatan tinggi, khususnya bagi industri kreatif. Jika kita tidak berbuat apa-apa untuk menghalang mereka yang tidak bertanggungjawab ini, masalah tidak dapat diselesaikan sekaligus industri muzik negara tidak dapat dibangunkan.
“Malah, jika ia berjaya, kami boleh menyediakan peluang pekerjaan yang luas, menarik pelaburan dalam dan luar negara serta meningkatkan sumber ekonomi negara. Sebagai contoh, Malaysia boleh menambah karya eksport seperti yang telah dilakukan oleh industri kreatif Korea yang mana, mereka telah membawa satu fenomena kepada masyarakat sekarang.”
Ketika ditemui, Norman juga telah diajukan soalan tentang bilakah tarikh jangkaan Anugerah Industri Muzik (AIM) bakal diadakan, Norman menjawab, “Tentang AIM saya akan adakan sidang akhbar pada hujung bulan ini. Ketika itu saya akan beritahu bila tarikh AIM akan berlangsung serta tentang sistem penjurian yang baru.”
sumber gu.com.my

0 komentar:
Posting Komentar